Soalan
1.     Apakah fungsi bekalan kuasa ?
     Membekalkan dua jenis arus elektrik iaitu AC(Amplitude Current) dan DC(Direct Current). AC digunakan untuk bekalan kuasa kepada monitor. DC digunakan untuk bekalan kuasa kepada komponen sistem komputer. Kuasa DC yang dibekalkan terbahagi kepada dua kategori iaitu 5VDC biasanya menggunakan wayar hitam dan merah serta 12VDC menggunakan wayar hitam dan kuning. Terdapat dua jenis PSU iaitu AT dan ATX.

2.      Nyatakan perbezaan di antara bekalan kuasa jenis linear dengan switching.

Jenis linear
Jenis Switching
Menghasilkan nilai voltan tertentu dan rendah.
Boleh membekalkan voltan dan arus yang tinggi
                1. Litar yang senang dan mudah dibaiki
2. Litar yang kompleks dan susah dibaiki
     3. Voltan keluaran yang kurang stabil
     3. Voltan keluaran yang stabil
     4. Saiz perumah lebih berat.
     4. Saiz perumah lebih kecil dan ringan
5.  Murah
5. Mahal
6. Banyak digunakan untuk kegunaan produk audio
6. Banyak digunakan bagi produk elektronikdan perkakasan rumah


    3. Setiap piawai bekalan kuasa memiliki perbezaan. Apakah perbezaan tersebut?
- bentuk fizikal (ukuran saiz dan bentuk perumah bekalan kuasa
- bentuk palam keluaran voltan ( palam molex )
- voltan keluaran*
- kod warna kabel*


4. Senaraikan langkah-langkah keselamatan semasa membaikpulih bekalan kuasa.

Ø Biarkan sekejap sebelum membaikpulih
Untuk membenarkan ia membuangkan cas yang ada pada komponen bekalan kuasa terutamanya kapasitor
* Cas yang ada pada bekalan kuasa biasanya tinggi dan lambat untuk dinyah caskan.

Ø Gunakan julat/skala yang sesuai semasa menguji
* Untuk mengelakkan kerosakan pada multimeter.
* Setkan julat multimeter yang lebih besar dan nilai yang hendak diukur.

Ø Guna probe penguji yang tajam dan berpenebat
* Untuk mengelakkan berlakunya pintasan kesebelah semasa membuat pengujian
* Untuk mengelakkan berlakunya penyalahan voltan pada komponen yang tidak sepatutnya diberikan.
* Penggunaan probe berpenebat juga mengelakkan berlaku litar pintas kepada pengguna.

Ø Pastikan ada pembantu
* Semasa pengujian dan membaikpulih peralatan yang voltan tinggi terutamanya bekalan kuasa komputer , pastikan ada pembantu yang akan membantu semasa kecemasan

Ø Bekerja dengan satu tangan sahaja.
* Elakkan bekerja menggunakan kedua-dua belah tangan semasa bekalan diberikan pada alat yang dibaiki.
* Untuk mengelakkan litar pintas kepada badan.



5. Apakah kegunaan Arus Elektrik Ulang Alik (AC) dan Arus Elektrik Terus (DC)?
AC = Arus Elektrik Ulang Alik
- Biasanya digunakan generator yang bermotor dan  apabila arus dibekalkan, coil akan berpusing dan menghasilkan kuasa elektrik.

DC = Arus Elektrik Terus
- Arus terus dihasilkan daripada pelbagai sumber seperti bateri, termogandingan, sel suria serta dinamo jenis komutator.
- Di dalam arus terus, cas elektrik mengalir pada arah yang tetap, berbeza dengan arus ulang-alik (AC).



6. Nyatakan ENAM bahagian utama bagi bekalan kuasa jenis switching.  
    iaitu :-
I. Penapis hingar dan fius

II. Voltage double rectifier

III. Pengubah frekuensi tinggi

IV. Penerus

V. Litar pensuisan dan kawalan.
VI. Pengatur voltan.


7. Berikan DUA bentuk kerosakan bekalan kuasa.
,I.  Rosak sepenuhnya ( Complete failure )
II. Separuh rosak ( intermittent failure )


8. Mengapakah komputer menggunakan arus jenis arus terus (DC)?
- Kerana kebolehan bekalan kuasa menghasilkan voltan dc yang tetap walaupun berlaku perubahan pada beban keluaran atau voltan masukan.


9. Dalam bekalan kuasa jenis linear terdapat LIMA bahagian utama. Nyatakan bahagian-bahagian tersebut,
I . Penapis hingar dan fius .
- Ia berfungsi untuk menjaga keselamatan bekalan kuasa dari lebihan voltan (spike) dan juga kerosakan bekalan kuasa computer.
- Penapis hinggar (noise filter) berfungsi untuk menapis hinggar pada talian masukan dan fius pula digunakan untuk mengelakkan berlaku kerosakan pada computer sekiranya terdapat litar pintas atau lebihan beban pada bekalan kuasa.
II. Pengubah (Transformer)
- Berfungsi sebagai pengasing di antara bekalan dari TNB dengan sistem computer.
- Bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kerosakan jika berlaku sebarang litar pintas pada sebelah yang lain (jika berlaku pada gelung sekunderia tidak mempengaruhi geluang primer).
- Bagi pengubah yang menurunkan voltan pada bahagian sekunder berbanding primer dipanggil ‘step down’ dan pengubah yang menaikkan voltan pada sekunder dipanggil ‘step up’.
- Bagi transformer yang sama nilai voltan, sekunder dan primer dipanggil ‘isolation transformer’.
III. Penerus (Rectifire)
- Untuk menghasilkan bentuk gelombang penuh atau separuh.
- Gelombang ini akan digunakan untuk menghasilkan gelombang arus terus.
- Jenis penerus yang digunakan adalah jenis ‘bridge rectifier’.


IV.Penapis (Filter)
- Berfungsi menapis gelombang yang dikeluarkan oleh penerus untuk membentuk gelombang arus terus.
- Biasanya menggunakan komponen seperti kapasitor dan perintang.

V. Pengatur Voltan (Regulator)
- Berfungsi untuk menetapkan keluaran bekalan kuasa seperti mana yang dikehendaki.
- Biasanya bahagian ini menggunakan IC chip yang khas.
- Dipanggil ‘Voltage regulator’ seperti 7815(+12VDC), 7805(+5VDC), 7905(-5VDC), 7915(-12VDC) dan lain- lain lagi.



10. Nyatakan piawai bekalan kuasa yang ada.
I. AT (Advance Technology)
II. ATX (Advance Technology Extended)
III. BTX (Balance Technology Extended)


11. Berikan 3 cara penjagaan bateri laptop dan terangkan setiap satu cara tersebut.
I. Penjagaan bateri dengan baik.
II. Lakukan degfragmentation secara berkala.
III. Gunakan fungsi Hibernate untuk memadamkan computer.



12. Berikan 5 cara untuk memaksimumkan penggunaan bateri laptop.

I. Kurangkan kecerahan skrin (Brightness)
II. Elakkan memainkan lagu dan penggunaan disc drive.

III. Dapatkan bateri kedua.

IV. Gunakan fungsi sleep dan hibernate dengan betul.

V. Padamkan fungsi WIFI.